Kelestarian Turath Bahasa Arab Di Pondok-pondok Sebagai Pemangkin Tradisi Ilmu (Satu Tinjauan Awal Lituratur)
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejbl.v3i2.91Keywords:
Kelestarian, Sumbangan, Kitab Turath, Sistem PondokAbstract
Kelestarian ilmu bahasa Arab di pondok-pondok mempunyai hubungan yang kuat di antara teknik pengajaran yang dipraktikkan oleh guru mereka serta kitab turath bahasa Arab yang digunakan. Sistem pengajian di pondok sememangnya antara satu wadah bagi menjaga kelestarian ilmu bahasa Arab. Penelitian kajian ini bertujuan untuk memperoleh pemahaman mengenai sumbangan kitab-kitab turath bahasa Arab dalam memastikan kelestarian ilmu bahasa Arab di pondok-pondok melalui pengajian kitab turath bahasa Arab. Fokus kajian ini dilakukan terhadap jenis-jenis kitab turath yang digunakan serta bagaimana amalan dan teknik yang digunakan dalam pengajian sistem pondok agar ianya dapat membantu para pelajar dalam memahami setaip subjek pembelajaran mereka dalam semua bidang pengajian Islam seperti ilmu feqah, usuluddin dan tasawuf. Proses mendapatkan maklumat dalam kajian ini menggunakan instrumen kajian kaedah temubual. Prosedur analisis data bermula dengan proses coding melalui tema yang telah ditentukan sebelum temubual dilaksanakan dengan peserta kajian. Seterusnya dinilai frekuensi data setiap tema yang diperoleh untuk menentukan kedudukan setiap maklumat yang dikaji dari ciri-ciri kitab turath bahasa Arab di pondok-pondok, teknik penilaian yang digunakan oleh guru-guru pondok bagi memastikan kefahaman pelajar, kaedah dan amalan pengajaran bahasa Arab di pondok-pondok. Dapatan bakal melihat jenis kitab turath yang digunakan, bagaimana guru-guru pondok menggunakan teknik & kaedah dan amalan serta penilaian kefahaman bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran kitab turath yang dilakukan.
References
Normazidah Mahmood (2012). Penggunaan Kaedah Pengajaran Bahasa Arab dalam Kalangan Guru Peringkat Sekolah Rendah: Satu Penilaian.Tesis Doktor Falsafah Universiti Malaya.
Abdullah Ishak (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahrom Yusoff (2003). Sistem Pengajian Pondok di Kedah, Latihan Ilmiah, UKM: Jabatan Syariah.
Zaharah L . Abdullah (1977/78), Pendidikan Pondok di Kalangan Masyarakat Islam di Kedah (1840an - 1957M), Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdullah Ishak. (1992). Islam di India, Nusantara dan China. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Abdullah Muhammad Zin et al. 2007. Pendidikan Islam di Malaysia Dari Pondok Ke Universiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asma’ Wardah Surtahman. (2009). Tuan Guru Hj. Ghazali b. Abdullah : sumbangan dalam penubuhan pondok tunjang, Kelantan dan penerbitan majalah al-fununiah. Proceeding of Malaysia Conferenceon Arabic Studies and Islamuc Civilization, hlm. 135-150
Madmarn, H. (2002). The Pondok and Madrasah in Patani. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.Mohd Roslan Mohd Nor et al. 2011. Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia. Vol, 6,No. 1
Nazneen Ismail, and Nurzatil Ismah Azizan, and Siti Mursyidah Mohd Zin, (2021) Peranan guru pengajian turath dalam pembentukan sahsiah pelajar di pondok. Al-Hikmah, 13 (1). pp. 43-71. ISSN 1985-6822
Ghazali Darulsalam & Sufean Hussin (2016). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan, Amalan dan Analisis Kajian. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.





