Fungsi Baris Dalam Sintaksis Arab : Kajian Terhadap Kata Nama Dalam Surah al-Fatihah
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejbl.v3i2.90Keywords:
Bahasa Arab, Baris Bahasa Arab, Makna surah al-FatihahAbstract
Bahasa Arab adalah bahasa yang paling berkuasa kerana Allah telah memilih bahasa ini bahasa Al-Quran dan antara bahasa terpenting di dunia. Bahasa Arab berbeza dengan bahasa lain di dunia ini kerana perkataan dalam bahasa Arab dibaca oleh tiga baris iaitu dhommah(ُ ), fathah (َ) dan kasrah (ِ). Tetapi, setiap perkataan yang dibaca dengan baris yang berbeza menunjukkan makna yang berbeza dalam ayat. Jadi, apakah yang penting dalam baris ini untuk mempengaruhi makna perkataan Arab. Kertas ini akan membincangkan di sebalik makna perkataan menggunakan baris berbeza dalam bahasa Arab yang menunjukkan makna yang berbeza kepada pembaca. Al-Quran ditulis dengan bahasa Arab dan perlu dibaca dengan menggunakan baris yang betul dalam setiap perkataan. Membaca dengan baris yang salah akan memberi makna yang salah. Pengkhususan ciri ini tidak dilihat dalam bahasa lain. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka makna perkataan Arab dengan menggunakan pelbagai baris kata nama dalam memahami Al-Quran. Analisis fungsi akan dibuat daripada kata nama dalam surah al-Fatihah. Refleksi daripada kajian ini adalah untuk pembaca memahami tentang makna dan mesej dalam Al-Quran yang menjadi panduan kepada kehidupan Islam.
References
Abdul Latif, Muhammad Hamasah. (2000). Al-Nahw Wa al-Dilalah. Dar al-Syuruq: Kaherah,55.
Al-Astarabazi, al-Radhi. (1996). Syarah al-Kafiah (cet 2). Mansyurat Jamiah: Baghazi. 1/62-63.
Al-Najjar, Latifah. (1994). Dauru al-Binyah al-Sorfiah Wasfu al-Zohirah al-Nahwiyyah,138.
Al-Khalidi, Solah. (1992). Lataif Quraniyyah. Dar al-Qalam: Beirut,43.
Al-Suyuti. (1976). Asrar Tartib al-Quran, tahqiq: Abdul Qadir At’a. Dar al-I’tisam: Kaherah,73.
Babti, Azizah. (1992). Al-Mukjam al-Mufassal Fi al-Nahwi al-Arabi (juzuk 1). Dar al-Kutub al-Ilmiyyah: Beirut,86.
Dhif, Syauqi. (1999). al-Madaris al-Nahwiyyah (cet 8). Darul Maarif: Kaherah,35.
Hamuz, Abdul Fattah. (2016). al-Maf’ul Lahu, Fadlatun Nahwiyyatun Za’tun Wazifatun Dilaliyyatun (Cet 1). Dar Jarir: Amman,11.
Hassan, Tammam. (t.t). al-Lughah al-Arabiah Ma’naha Wa Mabnaha,205.
Ibnu Qayyim. (2005). al-Tafsir al-Qayyim. Muhammad Uwais al-Nadwi. Dar Ibni Haitham: Kaherah,9.
Jarim, Ali. (t.t). Al-Balaghah al-Wadhihah.
Sibawaih, Amru. (1988). al-kitab (cet 3). Maktabah al-Khanji : Kaherah,13.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.





