Kebolehterjemahan Makna Majāzi Dalam Terjemahan Istilah Sufi Kitab Terjemahan al-Hikam Pendekatan Pengabdian Pada Khaliq Dengan Menggunakan Teknik Yang di Adaptasikan Daripada Teori Penterjemahan Mildred L.Larson

Authors

  • Adnan Mat Ali

DOI:

https://doi.org/10.53840/ejbl.v5i2.146

Keywords:

Kata Kunci : Kitab Hikam, Terjemahan Majāzī, Mildred L.Larson, Istilah Sufi

Abstract

Kajian ini merupakan suatu penelitian terhadap kesesuaian penggunaan teknik penterjemahan Mildred L.Larson terhadap istilah-istilah sufi yang mengandungi makna Majāzī atau Kiasan daripada bahasa Arab sebagai bahasa sumber kepada bahasa Melayu sebagai bahasa sasaran bagi kitab terjemahan al-Ḥikam ‘Ibn ‘Aṭāillāh. Permasalahan yang sering dihadapi oleh penterjemah semasa melakukan penterjemahan apabila berhadapan dengan perkataan, ayat atau pun frasa yang mengandungi makna Majāzī bahasa sumber. Justeru, kajian ini memfokuskan kepada pemilihan teknik penterjemahan yang bersesuaian bagi istilah-istilah yang mengandungi makna Majāzī ataupun makna yang tersembunyi di sebalik makna hakiki. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti teknik terjemahan yang diperkenalkan oleh penteori terjemahan barat iaitu Mildred L.Larson terhadap istilah-istilah sufi yang terkandung di dalamnya makna Majāzī ataupun makna Kiasan. Justeru, data kajian diambil daripada kitab Terjemahan al-Hikam, Pendekatan Pengabdian Pada Khaliq (TAHPPPK) yang disepadankan dengan terjemahan yang terdapat di dalam kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis (SHTPM) dengan mengguna pakai teknik penterjemahan Mildred Larson. Pengkaji mengadaptasikan strategi penterjemahan bahasa  Figuratif yang diperkenalkan oleh Mildred L.Larson dalam penterjemahan istilah-istilah sufi. Justifikasinya kerana perkataan bahasa Figuratif merujuk kepada penggunaan bahasa yang tidak harfiah atau tidak secara langsung untuk mengungkapkan makna yang lebih dalam atau bermakna secara kiasan. Ia melibatkan penggunaan imej, perumpamaan, metafora, simbol atau gaya bahasa lainnya untuk menyampaikan idea, emosi atau konsep yan lebih abstrak atau kompleks. Istilah sufi yang terdapat dalam korpus kajian dianggap sebagai satu bentuk gaya bahasa yang mengandungi maksud yang lebih mendalam. Oleh yang demikian itu, pengkaji mengadaptasikan strategi tersebut dalam meneliti teknik penterjemahan istilah sufi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik penterjemahan Mildred L.Larson boleh digunapakai dalam meneliti terjemahan istilah sufi yang mengandungi makna Majāzī atau Kiasan. Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya empat teknk sahaja daripada lima teknik penterjemahan Mildred L. Larson yang boleh diaplikasikan dengan teknik ‘menterjemah tanpa mengekalkan imej atau unsur-unsur bahasa Majāzī bahasa sumber’ menunjukkan peratusan penggunaan yang tertinggi. Oleh yang demikian itu, dapatlah disimpulkan bahawa teknik penterjemahan yang dikemukakan oleh Mildred L.Larson sesuai dan boleh diaplikasikan dalam penterjemahan

 

 

 

 

 

References

Amdan, H. (2012). Syarah Hikam Tok Pulau Manis: Membongkar Rahsia Perjalan Sufi. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Azman, C. M. (2010). Terjemahan Struktur Shibih al-Jumlah dalam Wacana Bahasa Arab: Analisis Sintaksis – Semantik. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Malaysia Terengganu. Malaysia.

Bahreisy, H. Salim. (2001). Terjemahan al-Ḥikam, Pendekatan Pengabdian pada Khaliq. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Bassnet, Susan. (1991). Translation Studies. London and New York: Routledge.

Dickins, J. Hervey, S. & higgins, I. (2002). Thinking Arabic Translation. London: Routledge.

Firdaus, S. (2016). Tafisr Sufi: Kajian Analitikal Terhadap Kitab Tafsir al-Baḥr al-Madīd Fi Tafsir al-Quran al-Majīd Oleh Ibn 'Ajībah. Tesis Kedoktoran. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

al-Ḥafnī, ‘Abd al-Mun‘im. al-Mu‘jam al-Ṣūfī. (1997). al-Qāhirah: Dār al-Rashād.

Hassan, A. (1988). Penterjemah Ialah Seorang Profesional, dalam: Bahasa Sastera Buku, Cetusan Hassan Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Humairoh. (2015). Ketepatan Terjemahan Kitab al-Ḥikam (Analisis Makna Kontekstual). Tesis Sarjana. Jakarta. Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah.

’Ibrāhim Zakī Khūr Shid. (1985). al-Tarjamah wa Mushkilātuhā. al-Hay’ah al-Miṣriyyah al-‘Ammah Lī al-Kitāb.

Jambi, Jaafar. (2001). Terjemahan bahasa kiasan dalam novel `Kokoro' dari bahasa Jepun ke bahasa Melayu : satu analisis. Tesis Master. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Kamus Besar Arab – Melayu Dewan. (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Melati Desa. 2020. Analisis Terjemahan Metafora Hidup Dan Personifikasi Dalam Novel Jepun Haru No Yuki. International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics. 115-139. Akademi Pengajian Bahasa, UiTM, Pulau Pinang.

Mildred L.Larson (1984). Meaning-based Translation: A Guide to Cross-Language Equivalence. University Press of America, Lanham, MD.

Muhammad Bukhari, L. (1993). Menerjemahkan Idiom Bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu: Beberapa Pengamatan. Kertas Kerja Seminar Terjemahan Arab-Melayu. Anjuran UKM dan DBP. Kuala Lumpur.

al-Mu‘jam al-Wasīṭ. (1972). Mesir. Majma‘ al-Lughah al-‘Arabiyyah.

Newmark, Peter. (2006). al-Jāmi’ fī al-Tarjamah, (A Textbook of Translation). Terjemahan: Ḥassan Ghazzālah. Beyrūt: Dār wa Maktabat Ḥilāl.

Norwati, M.Y. (2005). Teori Terjemahan: Keperluan Berteori dalam Konteks Terjemahan di Malaysia. Dalam: Terjemahan dan Pengglobalan Ilmu PTS Professional Publishing.

Othman, N. (1992). Ajaran-ajaran Tasawuf ’Ibn ‘Aṭā’illāh al-Sakandarī Yang Penting Dalam Kitabnya al-Ḥikam. (Tesis Ijazah Sarjana yang tidak Diterbitkan). Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Rosni, W. (2018). Pendekatan Tasawuf al-Taftāzanī dalam Sharh al-’Arba’īn al-Nawawiyyah: Analisis Perbandingan dengan Karya Syarah Hikam oleh Tok Pulau Manis dan Logika Agama oleh M. Quraish Shihab. Tesis PhD. Universiti Malaya.

Sulaiman, I. (2005). Manhaj Dakwah al-Shaykh ’Ibn ‘Aṭā’illāh al-Sakandarī dan Pengaruhnya di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah yang tidak Diterbitkan. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Malaysia.

Downloads

Published

2023-11-30

How to Cite

Mat Ali, A. (2023). Kebolehterjemahan Makna Majāzi Dalam Terjemahan Istilah Sufi Kitab Terjemahan al-Hikam Pendekatan Pengabdian Pada Khaliq Dengan Menggunakan Teknik Yang di Adaptasikan Daripada Teori Penterjemahan Mildred L.Larson. E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 5(2), 1-17. https://doi.org/10.53840/ejbl.v5i2.146